Masalah pembuangan bayi

View previous topic View next topic Go down

Masalah pembuangan bayi

Post  Admin on Sat Jun 12, 2010 4:02 am

Allah Subhanahu Wataala berfirman dalam Surah Al-Israa’, ayat 32:-

Tafsirnya:
Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya zina itu adalah perbuatan yang keji dan satu jalan yang jahat yang membawa kerosakan.

Perbuatan zina adalah perbuatan yang sangat keji dan dosa besar yang hukumnya adalah haram. Perbuatan zina merupakan jenayah dalam Islam yang banyak menimbulkan masalah kepada masyarakat dan negara. Zina boleh menyebabkan masyarakat porak-peranda dan berpecah belah, merosakkan keturunan, membawa bermacam-macam penyakit, merosakkan kesihatan rohani dan jasmani, menghilangkan ketenangan dan mencemarkan kesucian Islam. Bahkan merupakan salah satu penyebab turunnya bala.

Perlu disedari bahawa di samping zina itu perbuatan terkutuk, dosa besar dan haram, ianya pula kadang-kadang diiringi dengan perbuatan dosa yang lain kerana ada di antara mereka yang mengandung hasil perbuatan zina itu berusaha mengugurkan kandungan tersebut. Dan kadang-kadang jika tidak dapat digugurkan, maka anak damit yang baru dilahirkan itu pula akan dibuang di merata tempat seperti tempat pembuangan sampah, dalam semak dan ada kalanya ditinggalkan di tempat awam dengan tiada rasa kasih sayang dan belas kasihan. Hasil perbuatan kejam itu menyebabkan anak damit berkenaan terdedah kepada bahaya yang ada kalanya menyebabkan kematian.

Sebelum kedatangan Islam, orang-orang Arab zaman jahiliah membunuh anak-anak perempuan mereka dengan menanamnya hidup-hidup, kerana berasa malu beroleh anak perempuan. Kisah ini diceritakan di dalam Al-Quran melalui firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Nahl, ayat 58 - 59 yang tafsirnya:-

Dan apabila dikhabarkan kepada seseorang dari mereka bahawa ia beroleh anak perempuan, muramlah mukanya sepanjang hari kerana menanggung dukacita, sedang ia menahan perasaan marahnya dalam hati. Ia bersembunyi dari orang ramai kerana merasa malu disebabkan berita buruk yang disampaikan kepadanya tentang ia beroleh anak perempuan sambil ia berfikir apakah ia akan memelihara anak itu dalam keadaan yang hina atau ia akan menanamnya hidup-hidup dalam tanah? Ketahuilah sungguh jahat apa yang mereka hukumkan itu.

Wahai kaum muslimin,
Sebagaimana yang diceritakan oleh Al-Quran dan kitab sejarah bahawa orang Arab di zaman jahiliah membunuh anak perempuan mereka dengan menanamnya hidup-hidup. Lain pula halnya dengan perbuatan segelintir orang zaman sekarang di mana mereka tergamak membuang anak damit yang tidak berdosa baik perempuan mahupun lelaki dan meninggalkan atau membiarkannya di tempat-tempat yang terdedah kepada bahaya dan tidak selamat, bahkan sehingga menyebabkan kematian. Perbuatan ini tidak jauh bezanya dengan perbuatan di zaman jahiliah.

Melakukan pembuangan anak apatah lagi jika sampai memyebabkan kematian, adalah perbuatan zalim yang dilarang oleh Allah Subhanahu Wataala, dan termasuk dalam dosa besar yang mengakibatkan pelakunya akan mendapat siksa yang pedih di akhirat kelak, sebagaimana firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-A’raaf, ayat 165:-

Tafsirnya:
Dan kami timpakan orang-orang yang zalim dengan azab siksa yang amat berat disebabkan mereka berlaku fasik (derhaka).

Sabda Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam:-

Maksudnya:
Dari Anas bin Malik Radiallahu-Anhu, ia berkata: Rasulullah Sallallahu Alaihi Wasallam telah menyebut tentang dosa-dosa besar (atau baginda ditanya tentang dosa-dosa besar), maka baginda bersabda: Menyekutukan Allah, membunuh manusia dan derhaka kepada kedua ibu bapa. (Riwayat Al-Imam Muslim).


Muslimin yang dirahmati Allah,
Sesungguhnya Allah Subhanahu Wataala mencipta manusia ini dengan sebaik-baik kejadian. Dengan mengurniakannya akal dan fikiran supaya dapat menjalani kehidupan di dunia ini dengan sempurna dan teratur. Tetapi apa yang mendukacitakan, terdapat segelintir manusia yang bertindak di luar batas kemanusiaan sehingga sanggup melakukan perbuatan terkutuk dan berlaku kejam dan zalim dengan membuang anak yang dilahirkannya sendiri. Bayangkan binatang pun tidak melakukan perbuatan sedemikian.

Wahai kaum muslimin yang dirahmati Allah,
Ketahuilah bahawa anak itu adalah amanah daripada Allah Subhanahu Wataala yang dipertanggungjawabkan untuk dipelihara dan dijaga, bukan diabaikan kerana merekalah generasi yang akan menyambung keturunan dan merekalah juga yang akan menjadi khalifah di muka bumi ini selepas kita, yang akan meneruskan perjuangan, menyebarluaskan risalah Islam kepada generasi akan datang.

Firman Allah Subhanahu Wataala dalam Surah Al-Israa’, ayat 33:-

Tafsirnya:
Dan janganlah kamu membunuh diri seseorang manusia yang diharamkan oleh Allah membunuhnya kecuali dengan alasan yang benar. Dan sesiapa yang dibunuh secara zalim, maka sesungguhnya kami telah menjadikan warithnya berkuasa menuntut balas. Dalam pada itu, janganlah ia melampau-lampau dalam menuntut balas bunuh itu, kerana sesungguhnya ia adalah mendapat sepenuh penuh pertolongan (menurut hukum syara’).


http://www.masjid.gov.bn/teks_khutbah/1425/Syawal/27.htm

Admin
Admin

Posts : 5
Join date : 2010-05-15

View user profile http://masjidazlan.forumotions.net

Back to top Go down

komen

Post  Admin on Sat Jun 12, 2010 4:08 am

Sama-sama kita renungkan masalah yang giat berlaku di Malaysia....tetapi kita didedahkan dengan apa yang terjadi di Palestin, masyarakat kita di sini masih tunggang langgang dengan pegangan agama bagaimana pula kita hendak membanyu dan berjihad kepada masyarakat palestin jika pegangan akidah kita masih lemah sama2. Mari kita sama2 teguhkan pegangan akidah kita terdahulu sebelum membantu saudara kita yang lain moga tidak dipandang hina masyarakat lain insya allah.

Admin
Admin

Posts : 5
Join date : 2010-05-15

View user profile http://masjidazlan.forumotions.net

Back to top Go down

View previous topic View next topic Back to top


 
Permissions in this forum:
You cannot reply to topics in this forum